Dominasi Bitcoin Terhakis Dengan Populariti Koin Alternatif Semakin Meningkat

149

Hari ketiga di tahun baru menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam dunia matawang digital. Majoriti koin alternatif (altcoin) didagangkan lebih tinggi pada sesi Asia dengan 12 matawang digital teratas mencatat kenaikan. Hari ini Bitcoin mencapai paras harga $15,524 setakat pukul 4.06 petang, naik 14.57% dalam tempoh 24 jam.

Walaupun dengan kenaikan Bitcoin, dominasi matawang ini semakin terhakis daripada peratusan modal pasaran merosot daripada 50% kepada 37%, paras terendah sejak Jun tahun lalu.

Etherium mengetuai kenaikan matawang-matawang alternatif yang mencapai paras tertinggi $914. Etherium mewakili 13% modal pasaran keseluruhan matawang kripto yang berjumlah $87 billion. Peminat-peminat Etherium masih lagi menunggu naik taraf sistem Casper yang dijangka akan menyelesaikan isu rangkaian Etherium yang semakin besar.

Ripple seperti yang semua tahu telah naik ke tangga kedua di belakang Bitcoin dari segi modal pasaran terbesar. Berita kerjasama Ripple dengan bank terkemuka dan syarikat kad kredit di Asia telah melonjakkan harga Ripple sepuluh kali ganda daripada $0.25 kepada $2.50. Berita terbaru spekulasi penyenaraian matawang ini di bursa Coinbase berkemungkinan sekali lagi melonjakkan ia ke paras $5 hujung bulan ini.

Bitcoin Cash masih lagi duduk di tangga keempat dengan 6.8% modal pasaran daripada keseluruhan matawang digital. Litecoin masih lagi bergerak perlahan selepas mengalami kejatuhan tahun lalu apabila pengasasnya Carlie Lee mengumumkan menjual Litecoin miliknya.

Selain itu Coinmarketcap menunjukkan matawang digital 100 teratas juga merekod prestasi positif hari ini dengan kemunculan koin-koin baru. Antara koin yang baru naik ke 100 teratas adalah Reddcoin, Quantstamp, Storm dan Ubiq.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat