Draghi: Ekonomi Masih Perlu Darjah Rangsangan Monetari Yang Besar

47

Presiden European Central Bank (ECB) Mario Draghi dalam komennya di Parlimen Belanda mengatakan risiko ke bawah (downside risk) di Zon Eropah telah berkurangan dan juga mengulangi bahawa terlalu awal untuk menyatakan kejayaan bank pusat.

Menurut Draghi, tekanan inflasi asas masih terhalang dan belum menunjukkan trend kenaikan yang meyakinkan.

Pemacu inflasi dalam pasaran domestik iaitu pendapatan juga masih belum memberi tindak balas kepada pemulihan dan mengecilkan jurang pengeluaran (output gap) dalam ekonomi.

Output gap adalah perbezaan antara keluaran sebenar (actual output) ekonomi dan potensi keluaran (potential output). Potensi pengeluaran adalah amaun maksimum barang dan perkhidmatan yang boleh dikeluarkan oleh sesebuah negara.

Draghi mengekalkan panduan (guidance) dalam mesyuarat sebelum ini iaitu, satu darjah rangsangan polisi monetari yang besar masih diperlukan bagi menyokong tekanan ke atas inflasi asas dalam jangka masa sederhana.

Dalam sesi soal jawab beliau menyatakan masih belum masanya untuk menamatkan program pembelian bon walaupun kebayakan risiko telah berkurangan.

Walaupun ada laporan yang mengatakan ECB semakin lega dengan risiko pilihanraya Perancis, Draghi tidak memberi sebarang isyarat bahawa bank pusat bersedia mengubah retorik yang digunakan selama ini. Komen beliau secara keseluruhanhanya tidak banyak beza dengan mesyuarat sebelum ini.

Eur/Usd bergerak ke bawah semasa sidang soal jawab berlangsung tetapi memulih semula sebelum majlis tersebut berakhir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat