Dup Dap Dup Dap! USD Gelisah Menunggu Kejutan Powell

984

Menghampiri detik keputusan FOMC pada awal pagi nanti, pelabur terus diperlihatkan dengan dagangan US dolar yang tidak menentu.

Pada sesi Eropah, indeks dolar sedikit susut pada sekitar harga 105.08 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Federal Reserve (Fed) dijangka secara meluas akan membiarkan kadar faedahnya tidak berubah pada julat 5.25%-5.50%, namun langkah seterusnya pada November masih menjadi tanda tanya.

Ekoran daripada itu, kenyataan susulan Pengerusi Jerome Powell dan ‘dot plot’ yang menjadi kegunaan Fed untuk memberi isyarat prospek bagi kadar faedah, akan diperhatikan oleh pelabur.

Kedua-dua petunjuk boleh mencetuskan volatiliti dalam pasaran mata wang terutamanya US dolar pada sesi New York akan datang.

Dalam pada itu, pasaran kini berbelah bahagi terhadap keputusan yang akan diambil oleh Bank of England (BOE) pada mesyuarat polisinya esok selepas melihat angka inflasi yang terbaru.

Inflasi UK menentang jangkaan pasaran dengan meningkat kepada 6.7% daripada 6.8% yang dicatatkan pada Julai, meleset daripada ramalan untuk naik semula kepada 7.0%.

Susulan itu, mata wang pound tergelincir lebih rendah pada pembukaan sesi Eropah dengan didagangkan suram pada 1.2370 berbanding greenback.

Dalam pada itu, mata wang euro bergerak tidak jauh dari paras terendah enam bulan berbanding US dolar.

Dolar Aussie dan New Zealand kekal didagangkan stabil pada sekitar harga yang sama, dengan pelabur memberi tumpuan kepada terbitan data ekonomi New Zealand yang akan diterbitkan pada sesi Asia esok.

Yen pula kecundang ke paras terendah terbaru sejak November 2022 setelah menyentuh paras harga 148.16 berbanding US dolar ketika sesi Eropah.

Selain itu, dolar Kanada didagangkan mendatar berbanding greenback, dibataskan oleh penyusutan harga minyak selepas mencapai paras tertinggi 10 bulan pada hari Selasa.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat