ECB Tidak Akan Membincangkan Soal Perubahan Polisi Pada Mesyuarat Jun – Nowotny

51

Bank Pusat Eropah (European Central Bank) tidak akan membincangkan strategi bank pusat khususnya untuk keluar dari rangsangan monetari bulan hadapan, kata ahli ECB Ewald Nowotny pada Selasa.

ECB minggu lepas menyatakan prospek ekonomi Zon-Eropah semakin baik, tetapi belum sampai masanya untuk tidak lagi menggunakan rangsangan monetari dan menentang tekanan dari Jerman yang menggesa agar ECB mengurangkan aset 2.3 trillion daripada program pembelian aset.

“Pada mesyuarat ECB Jun nanti, kami tidak akan membincangkan strategi di masa hadapan iaitu strategi pada awal 2018,” kata Nowotny ketua bank pusat Austria.

“Adalah jelas bahawa program pembelian aset telah berjaya. Tetapi kita juga mengetahui bahawa kita tidak boleh kekal menggunakannya. Itulah cabaran yang kami hadapai,” tambahnya. “Lebih lama kami menggunakannya, lebih banyak kami mesti memikirkan kesan-kesan dariapda rangsangan ini.”

Mesyuarat ECB seterusnya akan berlangsung pada 8 Jun yang mana ramai penganalisis menjangkakan terdapat perubahan dalam panduan bank pusat ini dan juga potensi mengurangkan kecenderungan kepada pelonggaran polisi. Tetapi ECB juga dijangka tidak akan mengubah polisi sebenar sehingga September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat