Eh, AUD/USD Gagal Tembus Resistance Minggu Lalu?

667

US dolar pada dagangan awal minggu ini terus dilihat bergerak lemah ekoran ekonomi Amerika Syarikat (AS) diancam oleh peningkatan kes Covid-19 sehingga menggugat kredibiliti Presiden AS, Donald Trump yang dilihat gagal mengendalikan penularan wabak pandemik.

Jabatan Kesihatan Florida mengumumkan kes Coronavirus yang disahkan meningkat hampir 9,000 di Florida, dan kini tertinggi di belakang New York selepas mengatasi angka kes di California.

Selain itu juga, US dolar turut menerima tekanan oleh kebimbangan terhadap hubungan AS-China serta keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis.

Matawang komoditi pada awal sesi Asia pagi ini dilihat mengukuh pada awal sesi, namun mula bergerak lemah di penghujung sesi.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD melihatkan harga kembali membuat penurunan semula pada sesi Asia selepas kenaikan hampir menyentuh paras ketinggian 0.71800 yang menjadi zon resistance harga pada minggu lalu.

Namun sejak semalam, harga masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang memberi petunjuk harga masih berada dalam trend bullish.

Dolar Aussie akan terus dipengaruhi oleh sentimen pasaran semasa di samping tumpuan akan terarah pada data inflasi Australia untuk suku tahun kedua yang akan diterbitkan pada sesi Asia hari esok.

Harga berkemungkinan turun menguji semula sokongan dinamik MA50 sebelum kembali meneruskan kenaikan semula.

Zon resistance 0.71800 akan cuba ditembusi sebelum harga meneruskan kenaikan lebih tinggi untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan April 2019.

Namun jika penurunan harga diteruskan lebih rendah, paras tumpuan terhampir adalah pada sekitar 0.70650 yang menjadi paras support harga minggu lalu.

Penurunan lebih rendah bakal kembali menuju ke zon RBS (resistance become support) dalam julat harga 0.70300-0.70000.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Anda mungkin juga berminat