Ekonomi Australia Berkembang 1.1% Berjaya Menghindari Kemelesetan Sebelum Ini

67

Ekonomi Australia melonjak dengan kukuh pada tempoh kewangan suku keempat dan berjaya menghindari kemelesetan dalam tempoh dua dekad.

Pertumbuhan ekonomi (GDP) berkembang pada kadar 1.1% pada tempoh tersebut, selepas merekodkan kejatuhan pada 0.5% pada suku ketiga sebelum itu seperti yang ditunjukkan oleh Jabatan Statistik negara ini pagi tadi.

Dalam bacaan tahunan, ekonomi melonjak 2.4% dari tahun ke tahun berbanding 1.8% yang direkodkan pada suku ketiga. Penganalisis menjangkakan data kali ini meningkat 0.5% yang mana dari bacaan tahun ke tahun merekodkan kenaikan 1.9%.

Perbelanjaan isirumah sahaja menyumbang  0.5% kepada bacaan positif ini, manakala formasi modal awam menyumbang 0.3%.

Pertumbuhan ekonomi pada suku ketiga merekodkan penguncupan yang tidak dijangka pada suku ketiga berikutan kejatuhan secara keseluruhan dalam ekonomi Australia dan merupakan penguncupan kali pertama sejak 2011.

Bank Pusat Australia (Reserve Bank of Australia, RBA) mengatakan penguncupan atau kejatuhan pertumbuhan tersebut adalah disebabkan faktor sementara yang disebabkan pengurangan bekalan arang dan cuaca yang tidak menentu. Penganalisis juga yakin, Australia di landasan yang betul untuk terus memulih pada tahun ini.

RBA sebelum ini mengekalkan kadar faedahnya pada mesyuarat Februari yang dibantu oleh isyarat pemulihan dalam inflasi negara ini. Kadar faedah ketika ini berada di sekitar 1.5% yang terendah sejak ia diubah pada Ogos 2016 yang lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat