Ekonomi Metaverse Bakal Cecah RM54.84 Trilion Pada 2030

1,258

Syarikat perbankan gergasi, Citibank meramalkan ekonomi sektor metaverse akan mencecah nilai $13 trilion (RM54.84 trilion) menjelang 2030.

Pertumbuhan metaverse buat masa sekarang dilihat sangat meragukan. Manakan tidak, ia hanya terhad kepada platform permainan dalam talian yang bergantung kepada interaktif 3D atau realiti berperantara (AR) luar talian.

Tetapi pemain Wall Street bersetuju jika ruang ini ada potensi yang besar untuk terus berkembang sebagai satu konsep realiti yang dilanjutkan dalam bentuk maya.

Misalnya Goldman Sachs, Morgan Stanley, dan Bank of America.

Tidak cukup dengan itu, Citibank juga meramalkan penggunaan metaverse akan berkembang sehingga 5 bilion pengguna dari seluruh pelusuk dunia!

Cuma ia mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang dan mampankan kebolehan teknologinya, sekaligus mengubah mentaliti orang ramai.

Sebenarnya, apa yang diramalkan Citibank sangat tidak mustahil walaupun perintis Web 2.0 berpendapat sebaliknya.

Pada 11 Feb, Tim O’Reilly menyifatkan metaverse sebagai bubble yang sangat kritikal. Tetapi di penghujung kesimpulan O’Reilly, ada sinar untuk sektor metaverse benar-benar mencapai ramalan Citibank.

Buat masa sekarang, Citibank menfokuskan kepada pencapaian visi – “Brave New Meta World” menjelang 2030 dengan peruntukan pelaburan yang besar dan penambahbaikan teknologi.

Beberapa aspek metaverse akan dikaji secara dekat, dan ia turut melibatkan definisi sebenar alam maya, infrastrukturnya, aset kriptoNFT, wang, dan DeFi, serta perubahan atau penggubalan undang-undang berkaitan dunia maya.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat