Ekonomi Zon-Eropah Berkembang, Inflasi Semakin Jauh Dari Sasaran

41

Inflasi Zon-Eropah semakin perlahan pada Oktober di mana bacaan kurang daripada jangkaan dan semakin jauh daripada sasaran inflasi bank pusat.

Statistik Kesatuan Eropah dalam bacaan pertama melaporkan bacaan harga pengguna (CPI) meningkat kepada 1.40% pada Oktober, susut daripada 1.50% sebelum ini. Pasaran menjangka bacaan kali ini adalah 1.50% yang mana lebih tinggi dari bacaan sebenar.

Seperti yang kita tahu, sasaran inflasi bagi European Central Bank (ECB) adalah 2.0%.

Bagi bacaan teras harga pengguna (Core-CPI) yang tidak mengambil-kira harga tenaga dan makanan meningkat 0.9%, susut dari bacaan September iaitu 1.1%.

Dalam data hari ini, kadar pengangguran Zon Eropah juga semakin berkurangan kepada 8.9% pada September dari 9.0% sebelum ini.

Ekonomi Zon Eropah (negara-negara menggunakan matawang Euro) secara keseluruhan meningkat pada suku ketiga, menurut data GDP (pertumbuhan ekonomi) yang dikeluarkan pada Selasa.

Gross Domestic Product (GDP) atau Keluaran dalam Negara Kasar meningkat 0.6% pada suku ketiga (q/q). Manakala dari segi tahunan, GDP naik sebanyak 2.5%, naik dari 2.1% sebelum ini.

Jangkaan pasaran untuk data GDP Zon Eropah kali ini adalah 0.6% secara suku-tahunan dan 2.1% secara tahunan.

Selepas data ini dikeluarkan, tidak banyak kesan kepada pergerakan pasaran tukaran matawang khususnya Euro. EUR/USD setakat ini masih bergerak dalam julat pergerakan kecil yang menunjukkan tiada kesan signifikan setakat ini daripada data yang dikeluarkan pukul 6 petang tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat