Eksport Australia Meningkat, Disumbang oleh Pengukuhan Harga Komoditi

65

Lebihan perdagangan (trade surplus) ekonomi Australia meningkat lebih dari jangkaan pada Februari dengan penyusutan import dan eksport yang semakin meningkat.

Trade surplus Australia mencatatkan A$3.57 billion pada Februari naik dari A$1.5 billion lebihan pada bulan sebelum, seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Statistik pada Selasa. Jangkaan bagi data kali ini ialah lebihan dagangan meningkat kepada A$1.8 billion.

Eksport pada Februari meningkat 1% selepas susut 3% pada bulan Januari. Manakala import pula jatuh 5% berbanding kenaikan 4% pada Februari.

Data positif pada Februari disumbangkan oleh kenaikan mendadak harga komoditi arang dan biji besi sepanjang separuh kedua tahun lalu. Negara yang dipacu oleh komponen eksport ini berkembang 1.1% pada suku keempat dan berjaya mengelak kemelesetan pada suku ketiga.

Pertumbuhan ekonomi sepanjang tahun lalu disebabkan pelonggaran peraturan dalam ekonomi, dan juga hubungan dagangan dengan China, ekonomi kedua terbesar dunia. Australia adalah negara yang paling banyak mendapat faedah perdagangan dari China, di mana kedua-dua negara membuat perjanjian perdagangan bebas pada Disember 2015.

Bank Pusat Australia (Reserve Bank of Australia, RBA) akan mengumumkan penetapan kadar faedah pukul 12.30 tengah hari nanti. Kadar faedah dijangka dikekalkan di paras semasa 1.5%.

Aud/Usd naik hampir 30 pip selepas data imbangan perdagangan ini dikeluarkan pukul 9.30 pagi tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat