Perdagangan China semakin baik pada Januari dengan ‘imbangan perdagangan’ (trade balance) merekodkan ‘lebihan perdagangan’ (trade surplus) lebih dari jangkaan pasaran seperti yang dilaporkan oleh pihak kastam.
Imbangan perdagangan ialah jumlah eksport tolak jumlah import bersih. Jika hasil tolak itu positif, ia dipanggil trade surplus (lebihan perdagangan) yang mana adalah baik manakala jika hasil tolak itu adalah negatif, ia dipanggi trade deficit (defisit perdagangan).
Kenapa lebihan perdagangan baik untuk sesebuah negara? Ok, apabila kita mengatakan data imbangan perdagangan itu adalah trade surplus “lebihan perdagangan”, ia bermakna jumlah eksport adalah lebih banyak daripada jumlah import.
China mencatatkan ‘trade surplus‘ berjumlah 355 billion yuan pada Januari, naik dari 275 billion yuan sebelum ini, lebih tinggi dari jangkaan 295 billion yuan.
Import China melonjak 16.7% secara tahunan yang diikuti kenaikan 3.1% pada bulan sebelum. Import pada bulan Januari dilihat keluar dari tren penurunan sejak beberapa tahun ini berikutan kelemahan permintaan domestik.
Manakala, eksport naik 6.2% secara tahunan pada Disember dan diikuti kenaikan 7.9% pada bulan Januari. Pasaran menjangkakan import naik 10% dengan eksport 3.3%.
Pada 2016, eksport China secara keseluruhannya jatuh 7.7% dari tahun ke tahun yang merupakan catatan terburuk sejak 2009. Import juga susut 5.5% dengan mencatatkan ‘trade surplus‘ berjumlah $509.96 billion.
Berikutan pihak US yang terlalu melindungi (protectionism) ekonomi mereka, China dilihat mempertahankan globalisasi dan perdagangan bebas. Presiden China Xi Jinping sebelum ini dalam ‘Forum Eonomi Dunia’ bulan lalu, memberi amaran tentang bahaya ‘protectionism‘ oleh US dengan menegaskan bahawa inovasi dan ‘model ekonomi baru’ adalah sangat penting.