Ekuiti Asia Catat Keuntungan Awal, Pelabur Terus Awasi Risiko Kemelesetan

125

Pasaran saham Asia  memulakan sesi dagangan dengan mencatat keuntungan apabila pelabur terus mengawasi risiko inflasi dan kemelesetan.

Ketika sesi pagi, Nikkei 225 Jepun menghampiri paras 1% sementara Topix mencanak 0.94%.

Kospi Korea Selatan pula mencapai 0.91% dan Kosdaq memuncak 1.28% manakala indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik menumbuh 0.28%.

Beralih ke Wall Street pula menyaksikan niaga hadapan Dow Jones Industrial, S&P 500 dan Nasdaq 100 menurun 0.3% daripada sesi rali keuntungan yang dicatat penghujung minggu lalu.

Sementara itu, pasaran bon Amerika Syarikat (AS) memperlihatkan kadar 10 tahun kekal pada 3.138%.

Para pelabur dilihat mengambil peluang yang terhidang sementara keadaan masih ‘tenang’ sambil mengawasi keadaan serta risiko inflasi dan jangkaan kemelesetan yang disebabkan oleh kenaikan kadar faedah oleh bank pusat di seluruh dunia.

Suka untuk diingatkan bahawa minggu ini tumpuan pasaran akan terpaku pada beberapa data penting di AS dan Asia, antaranya data indeks pengurusan pembelian (PMI) pengilangan di negara Uncle Sam serta China dan Jepun.

Aliran mata wang memperlihatkan indeks dolar berada pada 103.980 berbanding sejumlah mata wang lain dengan Yen Jepun didagangkan pada 135.09.

Niaga hadapan minyak di pasaran Asia pula menyusut dengan minyak mentah AS jatuh 1.25% pada $106.27 dan penanda aras minyak mentah antarabangsa Brent menurun 1.1% pada $111.88.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat