Elon Musk Dikritik ‘Buruk Siku’ Lepas Beriya Tolong Ukraine

322

‘Tapi betul jugak kan, dari sudut bisnes mesti nak untung kan.’

Jutawan Elon Musk sekali lagi menjadi tumpuan di Ukraine apabila keputusannya untuk menarik balik perkhidmatan internet Starlink mencetus perdebatan.

Minggu lepas, Musk memberi bayangan bahawa satelit Starlink milik SpaceX akan menamatkan perkhidmatan internet percuma kepada pengguna Ukraine yang terlibat dalam peperangan dengan Rusia.

Hal ini kerana perkhidmatan tersebut dikatakan tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada syarikat tetapi lebih kepada belas ihsan kemanusiaan semata-mata.

Ia telah mencetus perdebatan dalam kalangan warga maya lebih-lebih lagi selepas berita mengenai Musk yang dilihat bermain politik dengan Rusia dan Ukraine tersebar meluas pada minggu lalu.

Sungguhpun begitu, Musk kini tampil untuk mempertahankan diri dengan mengesahkan bahawa Starlink akan terus beroperasi di Ukraine secara percuma.

Menerusi ciapan Twitter, Musk dikatakan memilih untuk menanggung rugi atas ‘amalan mulianya’.

Walaupun masih tiada sumber mahupun alasan kukuh terhadap perubahan hati Musk, beliau menjelaskan pada Twitter bahawa ‘amalan mulia pasti mendapat balasan baik’.

Suka untuk diingatkan bahawa Starlink sangat berjasa kepada warga Ukraine lebih-lebih lagi selepas Rusia bertindak menceroboh Kyiv pada Februari lalu.

Dalam satu sumber berbeza pula, Musk dikatakan meminta Pentagon Amerika Syarikat (AS) untuk menyalur dana kepada Starlink bagi meneruskan operasinya di Ukraine.

Kesahihan perkara tersebut masih gagal diketahui ekoran tindakan SpaceX dan Pentagon tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat