Elon Musk Goyang, Satelit Starlink Mungkin Jadi ‘Sasaran’ Rusia

2,215

‘Demi keselamatan semua, Elon Musk beri amaran supaya berhati-hati.’

Elon Musk, ketua SpaceX yang menghantar satelit Starlink di Ukraine, beri amaran bahawa perkhidmatan jalur lebar syarikatnya boleh ‘disasarkan’ oleh Rusia untuk serangan udara.

Seorang penyelidik keselamatan internet di Citizen Lab Project University of Toronto, John Scott-Railton, mengeluarkan amaran bahawa peranti yang digunakan untuk komunikasi satelit boleh menjadi ‘suar’ yang disasarkan Rusia untuk serangan udara.

Ekoran daripada itu, Elon Musk dalam satu ciapan di Twitter memperingatkan supaya orang ramai di Ukraine berhati-hati ketika menggunakan perkhdimatan Starlink kerana ia satu-satunya sistem komunikasi bukan milik Rusia yang masih berfungsi di negara tersebut.

Tambah beliau lagi, orang ramai dinasihatkan supaya meletakkan penyamaran cahaya di atas antena bagi mengelakkan pengesanan visual.

Umum mengetahui, Musk telah menempatkan Starlink di Ukraine supaya negara yang menjadi mangsa perang tersebut mendapat capaian internet.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Mykhailo Federov menzahirkan terima kasihnya kepada Starlink atas usaha ‘memastikan semua bandar kekal berhubung’.

Namun, negara tersebut memerlukan penjana untuk memastikan perkhidmatan Starlink berjalan kerana serangan Rusia memusnahkan infrastruktur lain.

Sebagai respon, SpaceX sedang mengemaskini perisian yang mengurangkan penggunaan kuasa puncak supaya Starlink boleh dikuasakan daripada pemetik api kereta.

Dalam satu berita berasingan, Rusia dan Ukraine telah bersetuju untuk gencatan senjata bagi membuka ruang untuk orang ramai melarikan diri pada lewat Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat