Elon Musk Hampir Nak Jual Tesla Kepada Apple!

1,388

Tiada siapa yang tahu rupanya pengasas Tesla, Elon Musk pernah meminta Apple Inc untuk membeli firmanya itu pada nilai 10 kali ganda harga semasa.

Pendedahan itu dimuatnaik di ruang balas kicauan oleh pemilik akaun Twitter @wintonARK yang merumuskan rancangan Apple untuk melancarkan iCar pada 2024.

Jelas Musk lagi, CEO Apple, Tim Cook enggan menerima tawaran tersebut.

Pada 2017 dan 2018, Tesla berhadapan dengan masalah sistem pengeluaran automatik di kilang bateri di Reno, Nevada menyebabkan kesukaran untuk meningkatkan pengeluaran sedan Model 3.

Tanpa disangka, Tesla akhirnya berjaya bangkit dari detik kesukaran dan menjadi salah satu firma paling bernilai, seterusnya berjaya menyertai S&P 500.

Bagaimanapun, saham Tesla dilihat susut 6.5% ketika penyertaan tersebut susulan daripada khabar iCar daripada Apple.

Difahamkan, idea iCar bermula pada 2014 dengan fokus terhadap reka bentuk bateri baru yang mampu mengurangkan kos bateri dan meningkatkan jangka hayat pengangkutan.

Penggunaan monocell dalam reka bentuk tersebut, menurut Musk dalam untaian kicauan yang sama adalah mustahil kerana maksimum voltan yang boleh dicapai cuma ~100x yang mana terlalu rendah.

Sehingga kini Apple dan Tesla tidak memberi sebarang komen mengenai isu tersebut.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat