Elon Musk Tambah Panas, Kali Ini Tuduh SEC Bocorkan Maklumat Pula

576

‘Makin panas Elon Musk dengan SEC yang dituduh pecah amanah.’

Peguam yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla dan Elon Musk menambah pertuduhan ke atas Securities and Exchange Commission (SEC) dan kali ini menuduh SEC membocorkan maklumat mengenai penyiasatan persekutuan bagi membalas dendam terhadap Musk.

Peguam Alex Spiro sekali lagi menyuarakan pertuduhan tersebut dalam sebuah surat yang dikirimkan kepada Hakim Daerah AS, Alison Nathan.

Di dalam surat tersebut, beliau menyatakan bahawa SEC secara terang-terangan cuba membalas dendam terhadap Elon Musk yang menggunakan hak First Amendment baru-baru ini bagi mengkritik SEC mengenai doket awam dan dengan petisyen Mahkamah bagi mendapatkan pelepasan.

Ia bukan kali pertama surat sedemikian dibuat, di mana sebelum ini pihak Intraday.my juga pernah menulis berita mengenai persengketaan Elon Musk dan SEC.

Walau bagaimanapun, Spiro tidak mendedahkan penyiasatan apa atau maklumat apa yang telah dibocorkan oleh SEC, dalam surat tersebut beliau hanya menyatakan bahawa seorang ahli SEC telah membocorkan suatu maklumat berkenaan penyiasatan tersebut tanpa menampilkan sebarang bukti sokongan.

Selain itu, dalam satu surat berasingan Spiro meminta secara spesifik kakitangan SEC untuk ‘memelihara rekod dan peranti mereka’ dan telah melaporkan perkara tersebut kepada Pejabat Ketua Inspektor SEC.

Setakat ini pegawai SEC masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut mengenai perkara tersebut.

Dalam pada itu, Musk mendakwa SEC gagal membayar para pemegang saham Tesla sebanyak $40 juta yang dikumpul daripada isu penyelesaian pada 2018 di laman Twitter.

SEC telah memberi respon terhadap dakwaan tersebut dengan menyatakan ia memerlukan masa untuk membangunkan rancangan memandangkan terdapat kerumitan pengedaran dan ia merancang untuk menyerahkannya kepada hakim menjelang akhir Mac.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat