Emas Buat ‘U-Turn’ Setelah Tembus $1,900

2,563

Harga emas akhirnya berjaya menembusi paras harga $1,900 berikutan kehangatan krisis Rusia dan Ukraine yang semakin meningkat terus menyokong permintaan terhadap safe-haven.

Susulan insiden tembakan yang dilepaskan di wilayah Donbass pada Khamis, ia telah menyebabkan pemisah yang disokong Rusia dan tentera Ukraine menuduh antara satu sama lain.

Ketidakpastian ini menjadi faktor yang memacu kenaikan logam berharga emas lebih tinggi sebagai aset safe-haven.

Pada sesi Asia, spot emas diniagakan stabil pada sekitar harga $1,890 per auns, sedikit susut dari paras harga $1,900 yang disentuhnya pada awal sesi. Niaga hadapan emas pula berlegar pada $1,893.

Pengukuhan harga emas turut disokong oleh hasil bon AS yang susut di bawah tahap 2% dan pergerakan US dolar yang terbatas.

Sementara itu, Amerika Syarikat terus memberi amaran mengenai kemungkinan Rusia akan menyerang Ukraine meskipun Moscow berulang kali mengatakan mereka tidak merancang untuk berbuat demikian.

Hal ini mendorong Rusia menghalau Timbalan Duta Besar Amerika ke Rusia untuk keluar daripada negara itu dan menuduh AS mengabaikan tuntutan keselamatannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat