Emas Hitam Naik Lagi, Ini Puncanya!

307

Komoditi hitam turut mendapat keuntungan dari penyusutan US dolar, membawa dagangan minyak mentah itu kembali didagangkan lebih tinggi ketika pasaran menuju penghujung minggu.

Menjelang pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan meningkat 1.1% kepada $74.70 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula menokok 1.2% kepada $71.70 setong.

US dolar susut selepas keputusan mesyuarat polisi FOMC menepati jangkaan untuk mempercepatkan pengurangan pembelian asetnya, sekali gus memberi manfaat kepada dagangan komoditi untuk meningkat.

Selain itu, harga turut mendapat dorongan daripada data bekalan minyak mentah Amerika Syarikat yang menunjukkan kejatuhan ketara pada minggu lepas sebanyak 4.6 juta tong, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).

Penurunan yang dicatatkan adalah lebih besar daripada jangkaan untuk menurun hanya sebanyak 2.1 juta tong sehari.

Sementara itu, eksport minyak mentah juga meningkat dengan mendadak, manakala produk yang dibekalkan oleh kilang penapisan pula mencecah rekod sehingga 23.2 juta tong sehari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat