Emas Kembali Positif, Pasaran Dah Mula Bertindak?

549

Dagangan logam berharga emas stabil pada awal sesi pasaran Eropah ketika semua tumpuan kini terarah kepada hasil pilihan raya Amerika Syarikat dengan Presiden Donald Trump kini mengikut rapat Joe Biden dalam tinjauan pungutan suara negara.

Spot emas didagangkan stabil pada $1,892 per auns menyusuli kemerosotan US dolar yang mula dipamerkan menjelang pilihan raya. Sementara itu, niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,893 per auns (4.15 petang waktu Malaysia).

Ketika pasaran memasuki ke hari pengundian, para pelabur dilihat mula mendapatkan emas sebagai perlindungan kepada ketidakpastian yang membelenggu.

Pasaran turut mempertimbangkan beberapa kemungkinan yang akan timbul jika salah seorang daripada mereka memenangi pilihan raya kali ini.

Sekiranya calon Demokrat, Joe Biden menang, dengan langkah rangsangan besar yang dilancarkan ia mungkin akan membantu meningkatkan nilai emas berikutan kelemahan US dolar.

Dalam pada itu, Donald Trump yang sebelum ini jauh ketinggalan di belakang Joe Biden, kini dilaporkan mengikuti rapat pesaingnya dalam tinjauan terbaru pungutan suara negara.

Trump sebelum ini menyatakan bahawa beliau akan menolak untuk menerima hasil undian sekiranya beliau kalah. Ketidakpastian yang ditimbulkan ini secara tidak langsung mendorong pelabur ke aset perlindungan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat