Emas Masih Bergerak Di Bawah 1300.00, Sentimen Pasaran Semakin Kukuh

59

Citarasa kepada risiko (risk-appetite) kekal kukuh selepas pilihanraya  Presiden Perancis. Walaupun pergerakan emas masih bercampur-campur sementara menunggu arah pergerakan pasaran bon telah menyebabkan pergerakan pasaran matawang juga tidak menentu.

Harga emas didagang dalam keadaan ‘ranging‘ di bawah 1230.00 pada lewat sesi dagangan US Jumaat lepas di mana data pekerjaan gagal memberikan arah pergerakan yang kukuh kepada emas. Minggu lalu emas secara keseluruhan susut 3.0% yang merupakan kejatuhan terbanyak sejak enam bulan lepas.

Kemenagan Macron pada Ahad dengan selesan mengalahkan Le Pen telah melonjakkan sentimen semasa yang menekan komoditi emas ke bawah.

Selepas pembukaan pagi tadi meletakkan harga emas merudum ke paras terendah 7 minggu lalu di bawah 1225.00, kini harga didagang semula di atas 1230.00.

Eur/Usd masih gagal meneruskan kenaikan selepas gagal berada di sekitar 1.1000. Namun, hasil bon juga merosot sedikit yang memberi sokongan kepada emas.

Hasil bon global bergerak tinggi menjelang pembukaan pasaran New York hari ini di mana pasaran ekuiti mengekalkan pengukuhan. Tren dalam pasaran bon global dalam jangka pendek akan terus mendatar dengan kenaikan kukuh dalam hasil akan membentuk tekanan penjualan kepada emas. Tekanan penjualan ke atas selamat ini masih lagi kurang ketika ini.

Dalam pasaran minyak mentah dunia, minyak WTI dan Brent mendapat sokongan selepas jatuh dari paras tertinggi hari ini apabila terdapat laporan bahawa OPEC dan bukan OPEC sedang mempertimbangkan pelanjutan pemotongan bekalan sehingga sembilan bulan atau lebih.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat