Emas Melonjak Dengan Risiko Pasaran Semakin Meningkat

90

Harga emas bergerak lebih tinggi pada Jumaat sehingga mencapai paras tertinggi dua bulan lalu selepas serangan pengganas yang berlaku di Sepanyol sehingga melonjakkan permintaan aset safe-haven.

Harga hadapan emas di Comex naik sehingga 0.53% kepada $1,299.25 setakat pukul 4.52 petang ini.

Logam berharga ini mendapat sokongan selepas sebuah van melanggar sekumpulan pejalan kaki di Barcelona pada Khamis. Kejadian tersebut telah menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 13 orang dan 100 lagi dilaporkan cedera.

Islamic State (IS) mengaku bertanggungjawab terhadap insiden tersebut di mana dua orang lelaki telah ditangkap setakat ini.

Harga emas turut dilonjakkan oleh kelemahan US dolar selepas lapan daripada ketua eksekutif meletak jawatan daripada majlis penasihat perniagaan pada Rabu sebagai tanda bantahan kepada Presiden Trump.

Gary Cohn penasihat ekonomi White House menolak khabar angin peletakan jawatan beliau pada lewat Khamis. Walaubagaimanapun, semakin ramai yang menentang Presiden Trump termasuk dari parti Republikan sendiri.

Pergerakan emas sememangnya sensitif terhadap pergerakan kadar faedah US, yang mana meningkatkan kos lepas memegang emas. Kenaikan kadar faedah yang lebih beransur-ansur dilihat mengurangkan potensi kejatuhan emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat