Emas ‘Mengganas’ Menjelang CPI AS, Spekulasi Fed Kekal Tinggi!

721

Emas catatkan peningkatan pada Rabu meneruskan ‘win streak’ sejak awal minggu di tengah-tengah spekulasi yang semakin tinggi bahawa Federal Reserve (Fed) ingin mengurangkan kadar faedahnya pada mesyuarat September.

Kesannya, hasil bon Perbendaharaan AS dan mata wang USD jatuh serta meletakkan satu pergerakan ketara buat emas.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,373.72 iaitu naik sebanyak 0.10% sejak ia dibuka pada awal dagangan Asia.

Hasil bon Perbendaharaan AS 10 Tahun turun satu setengah mata asas kepada 4.288% dan Indeks Dolar AS (DXY) berada di bawah paras 105.000 dengan kehilangan 0.06%.

Melalui ucapan Pengerusi Fed, Jerome Powell di Dewan Perwakilan AS mengulangi bahawa beliau mengakui inflasi masih sukar dan tidak yakin bahawa menurunkan kadar akan membantu mereka mencapai sasaran 2%.

Walaupun dorongan masih tersekat, nilai emas kekal disokong oleh aliran masih untuk bulan kedua berturut-turut ke dalam dana dagangan bursa (ETF) pada Jun kerana pegangan tinggi oleh dana tersenarai Eropah dan Asia.

Berdasarkan keterangan Jerome Powell selepas laporan monetari separa tahunan, para pelabur kini lebih fokus pada keluaran angka inflasi Jun yang akan diterbitkan pada Khamis, Tuntutan Pengangguran Awal dan data Sentimen Pengguna Universiti Michigan bagi menetapkan hala tuju emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat