Emas Papar Kenaikan Pada Awal Minggu, Ini Sebabnya!

1,090

Dagangan emas sedikit meningkat pada awal minggu setelah meraih sokongan daripada hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang susut lebih rendah.

Memasuki sesi Eropah, spot emas didagangkan 0.5% lebih tinggi pada harga $1,773 per auns, sementara niaga hadapan emas pula diniagakan di sekitar $1,770 per auns.

Penanda aras hasil bon 10 tahun jatuh ke tahap terendah sejak akhir Februari pada 1.38%, sementara hasil bon 30 tahun pula susut di bawah tahap 2% untuk pertama kalinya sejak Februari.

Penurunan ini telah menyebabkan daya tarikan terhadap logam berharga emas kembali meningkat pada pembukaan dagangan awal minggu.

Bagaimapun, kenaikan yang dicatatkan oleh emas tidak ketara, memandangkan raja matawang US dolar masih mendominasi pasaran dengan didagangkan lebih tinggi berbanding kebanyakan matawang utama.

Minggu lalu, emas mencatatkan prestasi mingguan terburuknya sejak Mac 2020 selepas Federal Reserve memberi isyarat pengetatan dasar monetari yang lebih cepat daripada dijangkakan.

Menerusi unjuran terbaru yang dikeluarkan pada mesyuarat polisi lalu, Fed melihat dua kenaikan kadar faedah akan berlaku menjelang akhir tahun 2023, dan ini telah menyebabkan emas jatuh mendadak.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat