Emas Susut Menjelang Pembukaan Pasaran Eropah

38

Pasaran emas sedikit turun pada sesi pasaran Asia pagi ini, walau bagaimanapun kekal kukuh di paras tertinggi sejak 2 minggu lalu berikutan kesan positif pada data ekonomi Jepun, dan sehingga tempoh pengetatan polisi US lebih jelas.

Harga emas merosot 0.03% kepada $1,259.50 ounce.

Di Jepun, perbelanjaan isi rumah bulanan bagi bulan Jun meningkat 2.3% , kenaikan 0.6% daripada bulan sebelumnya. Data tahunan juga meningkat kepada 1.5%. Kadar pengangguran pula jatuh kepada 2.8% daripada 3.1% bulan lepas.

Dalam dagangan sebelum ini, pasaran emas di lihat berada pada paras tertinggi mingguan kemudian jatuh sedikit berikutan kekuatan pada dolar US melalui data-data ekonomi mereka semalam.

Keputusan FOMC untuk mengekalkan kadar faedah mereka awal pagi semalam telah di jangka oleh penganalisa pasaran. Walaupun kadar faedah masih berada dalam julat sasaran 1%-1.25%, tetapi bank pusat masih menyatakan kebimbangan mereka terhadap kadar inflasi yang bergerak perlahan di bawah sasaran 2%.

Harga Indeks US dolar telah turun ke paras 14 minggu terendah pada sesi pasaran Asia semalam, namun telah pulih berikutan data-data positif ekonomi US pada peningkatan tuntutan pengangguran dan indeks barangan teras.

Namun emas di jangka akan meneruskan peningkatan hari ini berikutan penurunan kadar faedah bank pusat US di lihat masih jauh dan lambat.

Pasaran emas sensitif dengan perubahan dolar US. Kenaikan nilai dolar mengurangkan permintaan terhadap emas kerana harga semakin mahal untuk dibeli oleh pemilik matawang asing yang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat