Takhta Walmart kini milik Amazon! Selepas 12 tahun di puncak, gergasi runcit itu akhirnya tumbang, dan sahamnya terus menjunam!
Pada suku terakhir 2024, Amazon mencatat rekod hasil $187.8 bilion,mengatasi Walmart yang hanya meraih $180.6 bilion.
Walaupun Walmart masih menguasai sektor barangan runcit, senjata rahsia Amazon adalah perniagaan awan (cloud) yang telah banyak memberikannya kelebihan.
Saham syarikat itu menjunam 6.8%, kejatuhan harian terburuk dalam lebih setahun, menghapuskan kira-kira $51 bilion dari nilai pasaran syarikat.
Kejatuhan ini bukan sekadar kehilangan takhta malah keluarga Walton, pewaris Walmart, turut menerima tempias kehilangan berbilion dolar dalam sekelip mata
Keputusan kewangan Walmart walaupun kukuh, gagal meyakinkan pelabur.
Syarikat meramalkan pertumbuhan jualan hanya 3% hingga 4% untuk tahun fiskal 2025, lebih rendah dari jangkaan pasaran sekitar 4.1%.
Lebih merisaukan, Ketua Pegawai Kewangan Walmart, John David Rainey, memberi amaran bahawa tarif baharu yang mungkin dikenakan oleh pentadbiran Donald Trump boleh meningkatkan harga barang dan menjejaskan keuntungan.
Sementara itu, empayar e-dagang Amazon terus berkembang pesat, didorong oleh tabiat membeli-belah pasca pandemik.