Enjin Dah Panas? Solana (SOL) Catat ATH Terbaru Meroket Ke Bulan!

319

Solana antara kripto yang menunjukkan peningkatan konsisten sejak dilancarkan pada tahun lepas.

Pada Ahad lalu, SOL membuktikan bahawa ia adalah antara kripto berprestasi tinggi apabila melonjak lebih daripada 28% dalam tempoh 24 jam.

Ekoran itu, SOL masih kekalkan pergerakan harga yang konsisten mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru berturut-turut, sekaligus memecah masuk kedudukan ke-10 mengatasi Uniswap dalam carta cap pasaran kripto.

Pergerakan harga positif tersebut turut didorong oleh Mango Markets Decentralized Exchange (DEX) dan pelancaran projek Wormhole.

Selanjutnya, teliti carta pergerakan semasa harga SOL/USDT.

Pergerakan harga SOL nampaknya berjaya menembusi paras tertinggi sepanjang masa (ATH) sebelum ini dengan mencatatkan ATH terbaru sekitar $74.6 dalam beberapa jam yang lalu.

Sesi dagangan semalam, SOL kekal dengan pergerakan harga drastik menghasilkan lebih 15% lonjakan menjadi penentu untuk SOL menyambung kenaikan agresif.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga dilihat masih kekal dengan trend bullish dan sedang menguji zon resistance $72.5.

Bagi jangkaan seterusnya, jika SOL kekal dengan trend bullish, ia bakal menembusi ATH $74.6 tersebut dan membuat ATH terbaru berturut-turut.

Namun, sekiranya SOL kembali menunjukkan corak penurunan, paras RBS (resistance become support) sekitar $66 bakal diuji terlebih dahulu samada membuat rebound atau meneruskan penurunan yang lebih rendah.

Ketika penulisan, Solana didagangkan pada harga sekitar $72 melonjak lebih 14% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto SOL/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat