Ketika aset Bitcoin (BTC) melonjak semalam, menambah keyakinan dalam kalangan pelabur aset itu, Ethereum (ETH) juga nampaknya memberi isyarat positif menuju ke paras nilai yang lebih mengukuh.
BTC berjaya melepasi paras $18,000, mencecah $18,600 dan ETH mencatat rekod tertinggi $489.
Bagaimanapun ketika penulisan, aset itu sedikit susut kepada $480 selepas mencatatkan peningkatan 0.2% dari paras $472.
Salah seorang pelabur menjelaskan keyakinannya terhadap nilai Ethereum yang akan melonjak ke paras $800 dalam masa terdekat.
Jelasnya lagi, ETH hanya perlu melepasi rintangan utama $495 untuk terus memacu ke paras $800.
Penganalisis matawang kripto menerusi akaun Twitternya @intocryptoverse turut berpendapat yang sama, jangkaan nilai ETH untuk tempoh masa beberapa tahun lagi mungkin mencecah lonjakan 1000% jika momentum ini dikekalkan.
“Jika ia benar-benar berlaku pada 2023, mungkin nilai untuk 1 ETH boleh mencecah $10k.” tweet itu dimuat kelmarin.
Lonjakan BTC turut menarik nilai Ethereum ketika ini. Sebarang trend kripto dalam jangka masa terdekat bergantung kepada aset yang diasaskan Satoshi Nakamoto dan reaksinya pada paras $18,000.