Ethereum Classic (ETC) Cantas Dogecoin (DOGE), Melonjak Lebih 166%

1,784

Tidak ramai gemarkan token kripto yang terhasil daripada soft atau hard fork. Misalnya, Bitcoin Cash (BCH) dan Bitcoin Gold (BTG). Begitu juga hard fork Ethereum (ETH), Ethereum Classic (ETC).

Pada malam tadi, tanpa disangka Ethereum Classic telah melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH) pada rekod, $100.03

Lonjakan ini rupanya berpunca daripada beberapa faktor, termasuklah:

  1. Didorong oleh pergerakan harga ETC yang konsisten sejak akhir suku pertama 2021.
  2. Spekulasi atau hype dalam kalangan pelabur runcit ketika token itu disenaraikan di platform dagangan Robinhood. Malah tidak keterlaluan juga keterujaan itu turut menyumbang kepada ATH terbaharu Ethereum yang mencecah lebih $3,000 baru-baru ini.
  3. Sentimen medial sosial menunjukkan pelabur amatur lebih memilih ETC kerana nilainya yang murah berbanding ETH mengikut harga semasa.

Menariknya lagi, berdasarkan pergerakan harga year-to-date (YTD), ETC telah mengatasi prestasi ETH lebih tiga kali ganda.

Lonjakan harga ETC juga secara tidak langsung telah melenyapkan isu sekuriti yang berlaku pada 2020. Ketika itu, ETC berhadapan dengan serangan 51% hingga menyebabkan berjuta-juta dolar lenyap sekelip mata.

Untuk pengetahuan, serangan 51% bermaksud serangan berpotensi di rangkaian blockchain di mana entiti tunggal atau organisasi berupaya mengawal majoriti kadar hash hingga mengundang gangguan rangkaian.

Lagi menarik, ketika penulisan ETC mencatatkan lonjakan lebih 166% dalam seminggu kepada nilai $92.58 manakala Dogecoin (DOGE) yang sedang menjadi tumpuan merekodkan lonjakan hampir 90% kepada $0.59.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat