Ethereum Susut 10% Sehari Sebelum Pelancaran Niaga Hadapan CME

901

Harga matawang kripto Ethereum (ETH) tiba-tiba menunjukkan penyusutan sebanyak 10%.

Ketika penulisan, ETH didagangkan pada $1,593, sedikit meningkat daripada paras terendah yang direkod pada malam tadi, $1,513.

Penyusutan Ethereum berlaku sehari sebelum Chicago Mercantile Exchange (CME) melancarkan niaga hadapan ETH pada 8 Februari 2021 (Selasa, 7 pagi waktu Malaysia).

Seperti yang diuar-uarkan, niaga hadapan CME dijangka akan membawa lebih banyak aliran masuk ke dalam Ethereum kerana ini akan mendorong kepada pelabur institusi untuk membuat spekulasi terhadap harga syiling itu pada masa akan datang.

Boleh jadi juga penyusutan ini disebabkan oleh para pelabur yang meninggalkan posisi mereka sebelum penyenaraian tersebut. Kontrak niaga hadapan ETH lebih memudahkan pelabur institusi untuk bertaruh dengannya.

Misalnya ketika CME melancarkan niaga hadapan Bitcoin pada 17 Disember 2017, sehari selepas Bitcoin mencatatkan harga tertinggi, $19,015. Sejak daripada itu, nilai Bitcoin terus menyusut menandakan pengakhiran bullish.

Mungkin juga sedang berlaku pembetulan memandang harga Ethereum telah mencatat paras tertinggi sepanjang masa (ATH) baru pada 5 Februari, $1,720.

Bagaimanapun, penyusutan Ethereum turut disertai dengan Bitcoin yang juga sedikit susut 0.88% kepada $38,449 dalam tempoh 24 jam. Begitu juga XRP dan DOT dengan masing-masing susut sebanyak 4.01% dan 0.99% kepada $0.42 dan $19.6.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat