Pemimpin Kesatuan Eropah dijangka akan menggalakkan blok berkenaan untuk melancarkan lebih perjanjian perdagangan bebas serta menolak pandangan terhadap perlindungan perdagangan seperti yang diperjuangkan oleh Presiden Donald Trump.
Para pemimpin berkenaan tidak menyebut nama Trump dalam sidang kemuncak mereka, namun mesej yang disampaikan jelas menunjukkan perbezaan dengan pemimpin Amerika Syarikat itu yang telah menarik diri dari perjanjian TPP dan ingin mengadakan rundingan semula perjanjian NAFTA.
Pemimpin-pemimpin EU yang bermesyuarat di Brussels itu sebaliknya mengalu-alukan perjanjian perdagangan yang baru termasuk Perjanjian Ekonomi dan Perdagangan EU-Kanada (CETA) bagi membuka ruang perdagangan yang lebih terbuka buat kedua-dua wilayah terbabit.
Para pemimpin juga akan menggesa Suruhanjaya yang berunding bagi pihak 28 anggota EU untuk mengadakan perbincangan berterusan terhadap perjanjian perdagangan bebas yang baru.
Antara rundingan yang semakin menghampiri kata sepakat termasuklah rundingan EU dan Jepun.
Sementara itu, suruhanjaya tersebut juga dalam usaha untuk memodenkan perjanjian sedia ada dengan Mexico.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, EU juga aktif menetapkan tarif import bagi mengehadkan lonjakan produk keluli dari China.
Suruhanjaya ini juga akan mencadangkan penilaian baru terhadap pengeluar China pada November nanti kerana mereka menjalankan aktiviti eksport pada harga yang agak tidak munasabah kerana meletakkan harga pada kadar yang terlalu rendah.
Penurunan Data Harga Pengguna di China Memberi Kesan Kepada Emas!