EU Siap-siap Nak ‘Berperang’ Dengan UK?

457

Negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) telah menggesa Pesuruhjaya Eropah untuk bersedia dengan kemungkinan berlakunya perang perdagangan dengan UK jika rundingan antara kedua-dua pihak gagal, menurut laporan The Financial Times.

Memetik sumber dari seorang diplomat, laporan tersebut menunjukkan bahawa perwakilan dari lima negara anggota telah meminta perunding Brexit Suruhanjaya Eropah, Maros Sefcovic untuk bertemu pada hari Isnin bagi mengembangkan rancangan tindak balas kecemasan sekiranya berlaku perang dagang.

Perancis, Jerman, Belanda, Itali dan Sepanyol adalah antara negara yang menggesa rancangan luar jangka dibuat sekiranya keputusan akhir dengan UK memutuskan untuk membubarkan perjanjian perdagangan dalam protokol Ireland Utara.

Beberapa langkah dilaporkan telah diusulkan termasuk mengenakan tarif ke atas eksport UK, menyekat akses negara itu dari bekalan tenaga EU, dan menghentikan keseluruhan perjanjian dagangan antara kedua pihak.

Sebelum ini, Sefcovic telah mengemukan cadangan baru untuk menyelesaikan pertikaian EU dan UK dalam isu protokol Ireland Utara. Bagaimanapun, terdapat kebimbangan bahawa Perdana Menteri Boris Johnson akan menolak rancangan itu.

Menteri Brexit UK, David Frost akan terbang ke Brussels pada hari Jumaat untuk bertemu dengan Sefcovic bagi membincangkan cadangan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat