EUR/USD Di landasan Betul Mencatat Kenaikan 1700 Pip Sepanjang 2017

40

Data terkini Zon-Eropah tidak lah begitu memberangsangkan tetapi sudah cukup kuat untuk memberi keyakinan kepada pasaran bahawa blok ekonomi ini dijangka mendapat pertumbuhan kukuh tahun depan.

Contohnya, tinjauan perniagaan Jerman pada Selasa menunjukkan data Ifo meleset daripada jangkaan tetapi kekal kukuh secara keseluruhan.

Data pada Khamis dari Belanda menunjukkan keyakinan pengguna meningkat daripada 23 kepada 25 pada Disember dan kadar pengangguran pula berkurangan daripada 4.5% kepada 4.4%.

Keyakinan perniagaan di Perancis pula mencatat bacaan 112 seperti yang dijangka dan data sebelum ini dikaji semula daripada 112 kepada 113.

Zon-Eropah sepanjang tahun 2017 mengejutkan penganalisis dan pemerhati ekonomi dengan prestasi yang memberangsangkan. Data ekonomi positif dicatat daripada permulaan sehinggalah akhir 2017. Pasaran pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi dijangka akan merekod bacaan positif.

Disebabkan data-data positif inilah yang menyokong pasangan matawang EUR/USD sejak dari permulaan 2017 yang didagang di sekitar 1.0339 sehingga mencapai paras 1.2000 pada Ogos. Namun, prestasi EUR/USD tahun ini tidaklah sepositif ini jika tidak disokong oleh faktor kelemahan US dolar itu sendiri khususnya ketidaktentuan politik AS.

Sementara itu, European Central Bank (ECB) dan penganalisis kekal bimbang dengan tekanan harga yang lemah. Bank pusat juga telah mengumumkan akan mengurangkan amun pembelian bon bermula pada Januari sehingga September.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat