EUR/USD Kembali Pamer Lonjakan Menjelang Laporan Data Pekerjaan NFP

1,010

Dagangan pada Jumaat penghujung minggu menyaksikan US dolar kembali mempamerkan prestasi yang buruk menjadi matawang paling lemah didagangkan dalam pasaran berbanding matawang utama yang lain.

Ini adalah susulan kebimbangan pelabur menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (A.S) pada sesi New York malam ini dengan ramalan angka bacaan yang merosot.

A.S diramalkan mencatat kehilangan pekerjaan sehingga 22 juta untuk bulan April dengan data pekerjaan ADP diterbitkan pada Rabu yang mengukur pertambahan pekerjaan sektor swasta turut merekodkan penurunan sehingga lebih 20 juta.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD semalam, harga telah membuat penurunan sehingga mencecah paras terendah sekitar 1.0765 susulan data tuntutan pengangguran diterbitkan.

Namun, harga kembali melonjak lebih 60 pips melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga sebelum menutup dagangan di sekitar paras tertinggi harian 1.0830.

Memberi isyarat awal perubahan trend pada carta EUR/USD, harga dilihat menyambung kenaikan pada sesi Asia hari ini.

Kenaikan harga bakal menuju zon SBR (support become resistance) di paras 1.0900 yang menjadi tumpuan pada dagangan awal minggu.

Kenaikan lebih tinggi akan mendorong harga menuju zon resistance pada ketinggian 1.1000.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, harga akan turun menguji paras sekitar 1.08200 yang merupakan zon RBS (resistance become support) terbaru.

Penurunan lebih rendah di bawah paras sokongan dinamik MA50, akan menguji semula paras terendah minggu ini yang dicecah semalam sekitar 1.0765.

Penurunan seterusnya akan menguji pula zon support di paras 1.07300 yang gagal ditembusi pada dagangan April lalu.

Waspada dengan pergerakan volatile harga untuk dagangan US dolar menjelang laporan data pekerjaan NFP yang menjadi tumpuan utama para pelabur.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat