EUR/USD ‘Spike’ 100 Pips Susulan Keputusan Mesyuarat FOMC

1,194

Tumpuan pasaran terarah pada mesyuarat FOMC pada awal pagi ini untuk pelabur mendapatkan petunjuk bagi arah pergerakan harga matawang US dolar.

Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah di paras 0.25%, dan menyatakan bahawa kadar faedah yang rendah akan terus dikekalkan sehingga tahun 2022.

Penggubal polisi meramalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk Amerika Syarikat akan menurun sehingga 6.5% pada tahun ini.

Polisi yang sedia ada dilihat sedang menyokong ekonomi dan akan terus dikekalkan buat tempoh terdekat bermaksud tiada perubahan dasar yang akan diambil oleh bank pusat.

Dengan keputusan mesyuarat secara keseluruhannya bernada dovish, US dolar dijangka akan terus bergerak lemah dalam pasaran sementara matawang utama yang lain akan mengambil kesempatan untuk mengukuh.

Pada carta harga pasangan matawang EUR/USD, walaupun harga tidak menunjukkan pergerakan yang terlalu drastik, namun turun naik harga susulan keputusan mesyuarat FOMC turut mencapai julat sekitar 100 pips.

Harga pada mulanya membuat penurunan menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga. Namun kembali melonjak semula sebelum menembusi paras resistance 1.14000.

Harga kemudian menutup dagangan sesi New York di bawah paras 1.14000 semula sebelum bergerak perlahan pada sesi Asia pagi ini.

Jangkaan kenaikan harga yang diteruskan dilihat akan menuju paras ketinggian pada 1.14900 yang menjadi resistance pada dagangan Mac lalu.

Sebaliknya jika harga membuat penurunan, dan turut melepasi sokongan dinamik MA50, harga akan cuba melepasi paras 1.13100 sebelum ke zon RBS (resistance become support) sekitar 1.12500. Penurunan lebih rendah akan menguji pula zon RBS pada 1.12000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat