EUR/USD Tertekan Pada Sesi Asia Dengan Kemenangan Parti Pemisah Catalonia

59

Matawang Euro sedikit menjunam dalam sesi Asia pada Jumaat selepas parti pro-kemerdekaan Catalonia memenangi pilihanraya negeri Catalonia pada Khamis.

Matawang Euro jatuh berbanding matawang-matawang utama yang lain sejak pukul 6 pagi pada Jumaat sehinggalah mencapai paras terendah pada pukul 8 pagi sebelum membuat pemulihan daripada kejatuhan tersebut.

EUR/USD jatuh daripada 1.1874 ke paras terendah 1.1816 dengan kejatuhan hampir 60 pip. Namun, selepas mencapai paras terendah tersebut, EUR/USD dilihat pulih semula dan kini didagang di sekitar 1.1850 setakat pukul 4.36 petang.

Apa yang menyebabkan kejatuhan matawang Euro adalah kemenangan parti pro-kemerdekaan Catalonia yang akan terus mengancam kestabilan di Spanyol khususnya ketegangan antara Barcelona dan Madrid.

Tiga parti pemisah memenangi 70 kerusi daripada 135 kerusi yang dipertandingkan, kurang daripada jumlah yang mereka menangi dalam pilihanraya sebelum ini pada 2015. Namun, 70 kerusi sudah memadai untuk membentuk kerajaan.

Namun, dengan kemenangan parti pro-kemerdekaan ini, ia dilihat kurang memberi impak kepada pasaran khususnya Euro. Hal ini kerana Catalonia tidak boleh menjadi satu negara diiktiraf dengan tiada negara di dunia yang mengiktiraf kemerdekaan mereka. Isu ini juga dilihat sebagai isu dalaman Spanyol dan bukannya Zon-Eropah.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat