EUR/USD Terus Naik Dengan Faktor Fundamental Yang Kukuh

62

Pasangan matawang EUR/USD membuat kenaikan lagi hari ini selepas minit mesyuarat ECB yang memberangsangkan di samping keyakinan perniagaan di Jerman yang positif dan juga kebimbangan terhadap tren inflasi di Amerika Syarikat.

EUR/USD mencapai paras tertinggi enam minggu lalu pada Jumaat dengan pelabur-pelabur semakin optimis dengan pengukuhan ekonomi Zon-Eropah selepas beberapa data yang positif minggu ini.

Minit mesyuarat ECB pada Khamis menunjukkan pembuat polisi bersetuju untuk meneruskan pelonggaran kuantitatif (Quantitative Easing, QE) dengan amaun yang lebih kecil.

Tanpa komitmen ECB untuk meneruskan pembelian aset sehingga September 2018, matawang Euro berkemungkinan didagang pada paras yang lebih tinggi berbanding sekarang. Namun, masih ada risiko kepada euro disebabkan oleh ketidaktentuan politik, namun kelemahan disebabkan perkara ini dijangka hanya sementara.

Dalam perkembangan lain, indeks keyakinan perniagaan di Jerman meningkat kepada 117.5 berbanding jangkaan 116.5 dan data sebelum ini 116.7.

Ahli Federal Reserve menyatakan mereka akan menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat disebabkan pengukuhan ekonomi, manakala beberapa ahli masih mahu melihat inflasi meningkat sebelum menaikkan kadar tersebut

Tinggal tiga minggu lagi sebelum mesyuarat polisi Fed pada 2017 dan kita akan terus memerhatikan jangkaan pasaran walaupun kenaikan kadar faedah Disember telah diserap (priced-in) sepenuhnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat