EUR/USD Tidak Jadi Susut ,Kekal Mendatar 3 Hari Beturut-Turut

378

Terbitan data NFP Amerika Syarikat (AS) tampaknya menampilkan bacaan suram dan menjangkau dari jangkaan yang sama sekali telah merencatkan hasrat matawang USD bagi kekal mencatat pengukuhan.

Selain itu, kemerosotan hasil perbendaharaan 10 tahun AS yang mengalami junaman drastik ke paras hampir 1.30% juga boleh menjadi sebab dalam membantutkan takhta raja matawang itu sedikit goyah.

Bagaimanapun pelabur turut meningkatkan keyakinan bahawa Federal Reserve (Fed) akan meneruskan pengetatan dasar polisi dengan segera meskipun masih dihantui kebimbangan mengenai kes Covid-19.

Meninjau kepada harga pada carta pasangan matawang EUR/USD, harga dilihat telah memberi reaksi terjunan pada awal sesi New York Jumaat sebelum merekodkan semula pendakian di penghujung sesi.

Ini juga telah membuktikan bahawa pergerakan harga masih lagi tidak berdaya untuk memberi isyarat harga yang lebih ketara setelah dilihat masih bergerak mendatar dalam tempoh 3 hari berturut-turut.

Akan tetapi harga nampaknya telah kembali membuat penurunan pada awal pembukaan dagangan di sesi Asia hari ini (Isnin) dan terus kekal berlegar-legar di zon SBR (support become resistance) 1.13000.

Dalam hal ini, sudah tentunya zon SBR tersebut turut bakal menjadi tumpuan untuk ditembusi jikalau pergerakan harga berjaya menterjemah trend kenaikan dek kerana data NFP AS yang mengecewakan daripada jangkaan.

Trend kenaikan yang jelas akan mula terlihat sekiranya harga mencapai paras rintangan pada 1.14000 dan susulan itu pelabur juga akan menjangkakan harga mungkin akan berupaya mendaki lebih tinggi.

Namun dengan nada yang berbeza pula, paras sokongan sekitar 1.12590 yang menyaksikan ia sering menyokong lonjakan semula bakal menjadi paras terawal yang akan dicecah jika harga kembali susut.

Intihanya penurunan lebih parah akan diperhatikan pada zon sokongan 1.12000 mahupun boleh juga dianggap sebagai paras terendah 2021 untuk diuji dan sekali gus bakal memberi isyarat trend bearish.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat