Euro, GBP & Yen Menguat Berbanding USD Sepanjang 3 Bulan Pertama 2018

496

US dollar sedikit lemah berbanding matawang utama yang lain pada Isnin. Jumlah dagangan pada Isnin kekal kecil berikutan cuti umum di Eropah, Australia, New Zealand, UK dan Switzerland.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain jatuh 0.35% setakat pada pukul 8.36 malam.

Pasangan matawang EUR/USD pula naik 0.13% dari 1.2315 kepada 1.2334. Matawang Euro membuat kenaikan sehingga 2.8% berbanding US dollar pada suku pertama 2018 dan merekodkan kenaikan 1.2% pada bulan Mac.

Pair GBP/USD pula merekodkan kenaikan 0.33% setakat pada pukul 8.41 malam. Matawang Sterling pula menguat sehingga 2% berbanding US dollar pada Mac, dan mencatat pengukuhan sebanyak 4% pada suku pertama 2018. Dalam masa yang sama ada beberapa berita baik yang menyokong kenaikan itu termasuklah data ekonomi, pengetatan polisi, dan rundingan Brexit.

Berbanding matawang Yen, greenback melemah sehingga 5.8% sepanjang suku pertama 2018 dan menguat 0.4% pada bulan Mac.

Pergerakan US dollar ketika ini masih dipengaruhi oleh ketegangan perdagangan U.S. – China selepas China mengumumkan tariff terhadap produk pertanian Amerika. Hal ini menambah kebimbangan kepada pasaran dalam jangka panjang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat