EURUSD Analisa Fundamental Harian 1 April 2016

36

Euro Dollar terus memacu naik untuk hari keempat Khamis semalam, lebih 95 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1410 sebelum menutup sekitar paras $1.1378; setelah Inflasi di Euro-Zone meningkat pada bulan Mac, tetapi kekal dalam lingkungan negatif, menurut data awal dari agensi statistik Kesatuan Eropah, Eurostat semalam. Jumlah itu, bagaimanapun, menggambarkan perjuangan berterusan yang dihadapi oleh Bank Pusat Eropah untuk mengangkat inflasi lebih dekat dengan sasaran jangka sederhana sekitar 2%.

ECB telah bergelut baru-baru ini, untuk mengangkat inflasi kembali kepada sasaran. Pada mesyuarat dasar terakhir, ia membuat keputusan mengenai pelbagai langkah baru untuk meningkatkan harga dan menggalakkan pinjaman bank. ECB menjangka inflasi tahun ini hanya sekitar 0.1%. Walaupun peningkatan yang sederhana dalam inflasi yang mempunyai akar dalam sektor perkhidmatan, harga pengguna di seluruh Euro-Zone jatuh pada tahun ini untuk bulan kedua berturut-turut, menurut angka rasmi semalam.

[adrotate group=”6″]

Dalam anggaran untuk bulan ini, Eurostat, agensi statistik Kesatuan Eropah, berkata kadar inflasi adalah -0.1% berbanding bacaan bulan sebelumnya sebanyak -0.2%. Kenaikan sederhana tersebut adalah sejajar dengan jangkaan pasaran berikutan angka terkini yang menunjukkan peningkatan yang kukuh dalam inflasi Jerman.

Eurostat berkata, sektor perkhidmatan mungkin mempunyai impak terbesar dalam mencapai sasaran inflasi, manakala harga tenaga sekali memberatinya.
Sementara itu, laporan tuntutan pengangguran awal AS bertambah dari 265 ribu kepada 276 ribu semalam.  Pasaran hanya menjangkakan kenaikan kepada 266 ribu.  Hari ini laporan NFP AS dijangka turun dari 242 ribu kepada 206 ribu pekerjaan dan kadar pengangguran dijangka stabil pada 4.9%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat