EURUSD Analisa Fundamental Harian 1 Jul 2015

41

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-018

Euro Dollar menyusut lebih 120 pips Selasa semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.1245 ke serendah 1.1110 sebelum menutup sekitar paras 1.1140; setelah kejatuhan bersejarah Euro berbanding Dollar pada Isnin, hanyalah kesan panik awal di kalangan pelabur jangka pendek, terhadap kemungkinan Greece keluar dari Euro-Zone semakin pudar, lapor Marc Chandler Brown Brothers Harriman kepada CNBC.

Euro menurun sebanyak 1.89% kepada $1.095 pada Isnin, apabila pelabur mencerna berita bahawa kerajaan Greek, yang diketuai oleh Perdana Menteri Alexis Tsipras, berkata ia akan menutup bank-bank Greece dan mengadakan referendum untuk menilai cadangan pemiutangnya dalam menyelesaikan hutang negara. Melainkan Greece tiba-tiba mendapati €1.6 bln, ia akan terlepas tarikh akhir untuk membayar balik hutang Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), lapor Catherine Boyle dari CNBC.

Perdana Menteri Alexis Tsipras telah menimbang semula tawaran akhir yang dibuat oleh Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker, menurut sumber kepada Akhbar Kathimerini. Akhbar itu memahami bahawa tekanan yang disebabkan oleh penutupan bank serta tamat program bantuan Greece semalam, telah menyebabkan beberapa anggota kerajaan menggesa Tsipras menerima tawaran Juncker tersebut.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat