EURUSD Analisa Fundamental Harian 1 Oct 2015

33

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-016

Euro Dollar jatuh lebih 100 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.1155 sebelum menutup sekitar paras 1.1175;  selepas data pekerjaan dan juga penurunan jualan runcit Jerman yang mengecewakan. Jualan runcit Jerman jatuh pada Ogos selepas kenaikan pada Julai, menurut data rasmi semalam.  Namun, ahli ekonomi berkata prospek bagi peruncit tetap baik memandangkan pasaran buruh yang memberangsangkan dan kenaikan gaji yang kukuh.

Jualan runcit Jerman pada Ogos jatuh 0.4% selepas faktor inflasi dan perubahan bermusim diambil kira, tetapi meningkat 2.5% dari bulan Ogos setahun yang lalu, menurut pejabat statistik persekutuan Jerman. Ahli ekonomi yang ditinjau oleh The Wall Street Journal telah mengunjurkan penurunan sebanyak 0.2%.  “Keadaan dalam pasaran runcit masih baik pada masa ini,” menurut Olaf Roik, Ketua Ekonomi di HDE persatuan runcit Jerman.

[adrotate group=”6″]

Walau bagaimanapun, pengangguran Jerman meningkat pada bulan September, sebahagiannya disebabkan oleh cuti sekolah yang lewat di beberapa negeri, tetapi kadar pengangguran masih berada pada paras terendah selepas penyatuan Jerman Barat dan Timur.  Ini menunjukkan bahawa perbelanjaan pengguna bakal merangsang pertumbuhan ekonomi terbesar di Eropah tahun ini.

Pada masa yang sama, Presiden ECB Mario Draghi telah membayangkan bahawa langkah-langkah rangsangan tambahan diperlukan untuk merangsang ekonomi Euro-Zone; dan data inflasi yang mengecewakan semalam bermakna ini lebih cenderung untuk berlaku. Namun penganalisis ramai mengesyaki ECB tidak akan terlalu bimbang tentang inflasi yang telah menjadi negatif semula, memandangkan ini adalah disebabkan oleh harga minyak yang murah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat