EURUSD Analisa Fundamental Harian 10 Mar 2015

37

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-009

Euro Dollar berada dalam dagangan ‘ranging” dengan aktiviti pengambilan untung mendominasi pasaran, ekoran nilai tukaran EUR|USD yang kini menghampiri sokongan jangka masa panjang pada carta bulanan, sekitar 1.08.  Terdapat juga spekulasi yang EUR|USD bakal diturunkan nilainya mencapai ‘parity’.  Ketika artikel ini ditulis, nilai tukaran EUR|USD berada dibawah pivot harian, mingguan dan juga bulanan.

Pasaran Eropah dikejutkan dengan berita terbaru dari Greece, bahawa ‘referendum’ atau pilihanraya baru bakal diadakan sekiranya kerajaan pimpinan parti Syriza tidak berpuas hati dengan terma dan syarat pinjaman yang baru dari ‘troika’ – ECB, EU, IMF.  ECB pula telah memulakan program QE (Quatitative Easing) hari ini dengan 60 billion euro bakal di belanjakan untuk membeli bon-bon kerajaan Negara Kesatuan Eropah.

Pasaran Amerika Syarikat pula, mula menumpukan perhatian kepada mesyuarat FOMC minggu depan apabila Feds bakal mengubah atau membuat kenyataan baru tentang polisi kewangannya.  Dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari kedua-dua Negara hari ini, pasaran dijangka terus ‘ranging’.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat