EURUSD Analisa Fundamental Harian 11 Dec 2014

44

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-005

Selepas memacu ke paras tertinggi untuk minggu ini sekitar 1.2445 pada Selasa lalu, Euro pada Rabu didagangkan dalam suasana “ranging” dari 1.2435 ke 1.2360 selaras dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Euro-Zone.  Hanya berita dari Greece yang bakal berdepan dengan pilihanraya yang lebih awal dari tempoh yang ditetapkan.  Keadaan pasaran yang tidak menentu dengan pelbagai krisis dalaman Euro-Zone, menyaksikan terdapat para pedagang yang melakukan “sell-on-rally”.

Kerajaan Greece bakal berdepan dengan pilihanraya presiden minggu depan yang akan memaksa lebih 24 penggubal undang-undang bebas, samada untuk memihak kepada Kabinet Perdana Menteri Antonis Samara yang “pro-bailout” atau pembangkang radikal yang telah berjanji untuk menghapuskan sebarang “bail-out” yang menggunakan wang rakyat untuk kepentingan swasta.

Hari ini, data berimpak tinggi dari Euro-Zone dengan ECB yang bakal mengadakan sesi kedua “Long Term Refinancing Operation” selepas 82.6 billion Euro digunakan sebelum ini untuk merangsang ekonomi Eropah.  Pasaran melihat lambakan Euro ini melalui kredit mudah dengan hasrat menurunkan nilai Euro untuk menggalakkan eksport, bukanlah suatu langkah yang mampan.
Mulakan trading anda hari ini. Deposit tanpa cas guna debit card/credit card di FXPRIMUS : Buka akaun KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat