EURUSD Analisa Fundamental Harian 12 Aug 2015

28

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-019

Euro Dollar terus memacu naik lebih 120 pips, untuk mencapai paras tertinggi 1.1090 sebelum menutup sekitar paras 1.1040; setelah berita mengenai perjanjian akhir siap dengan Greece diumumkan. Para pedagang berharap untuk bergerak ke hadapan dan melihat Euro-Zone kembali pada landasan pemulihan dengan Greece.

Jerman masih berputar-putar daripada kehilangan keyakinan semasa kemuncak rundingan Greece pada bulan lepas. Satu tinjauan pada hari Selasa menunjukkan sentimen pelabur Jerman terus jatuh pada bulan Ogos, terkesan dari kerisauan mereka bahawa negara dengan ekonomi terkuat dalam Euro-Zone sedang bergelut.  Indeks sentimen ekonomi ZEW jatuh kepada 25.0 pada bulan ini, daripada 29.7 mata pada bulan Julai dan 31.5 pada bulan Jun. Ini merupakan penurunan bulan kelima.

“Enjin ekonomi Jerman masih berjalan lancar. Walau bagaimanapun, dalam keadaan semasa dan geopolitik global, peningkatan yang besar daripada keadaan ekonomi Jerman dalam jangka sederhana adalah mustahil. Itulah sebabnya sentimen ekonomi telah menurun, ” menurut Presiden ZEW, Profesor Clemens Fuest dalam kenyataan akhbar semalam.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat