EURUSD Analisa Fundamental Harian 12 Dec 2014

53

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-006Euro Dollar kembali menyusut pada Khamis dengan dagangan terendah harian sekitar 1.2370 apabila ECB dalam laporan bulanannya menyebut tentang penambahan dana untuk “long-term refinancing operations” dari 82.6 billion Euro kepada 129.84 billion Euro pada sesi pembukaan London.  Data ekonomi dari Jerman juga yang tidak banyak berubah, menjadikan sentimen untuk Euro terus lemah ditambah dengan data ekonomi berimpak tinggi Amerika Syarikat yang keluar lebih baik dari jangkaan.

Pegawai ECB, Benoit Coeure menekankan peri pentingnya ECB mengambil langkah segera untuk mengatasi kemelut ekonomi Euro-Zone.  Beliau melihat risiko ekonomi Euro-Zone yang menstabil pada kadar perkembangan dan inflasi yang rendah dan menyarankan bahawa perkembangan yang tepu beserta inflasi hanyalah 1% dari ekonomi.  Tegas beliau lagi, ini adalah suatu yang tidak mampan.

Hari ini, Euro-Zone dengan data “employment change” dan “industrial production” yang dijangka stabil, bakal berdepan dengan data “producer price index” dan data berimpak tinggi “consumer sentiment index” dari Amerika Syarikat, yang dijangka lebih baik.  Permintaan untuk Euro dijangka terus melemah dengan para pelabur yang mula memberi tumpuan kepada mesyuarat FOMC Amerika Syarikat minggu hadapan.

[kml_flashembed publishmethod=”dynamic” fversion=”8.0.0″ movie=”https://intraday.my/wp-content/uploads/2014/12/Brand-June-2013-malaysia-468×60.swf” width=”468″ height=”60″ targetclass=”flashmovie” play=”true” loop=”true”]

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat