EURUSD Analisa Fundamental Harian 12 Jan 2015

41

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-002Euro Dollar yang awalnya jatuh hampir 60 mata, sekitar 1.1762, sebelum waktu makan tengah hari Eropah, ekoran NFP dan “unemployment AS” yang dilaporkan lebih baik dari jangkaan; melonjak semula lewat petang sesi dagangan New York.  Lonjakan itu dilihat kesan dari para pelabur dan pengurus dana yang lewat dalam mengambil untung hasil jualan selama lebih 6 bulan, dan menutup buku dagangan tahunan 2014.

Euro dijangka terus jatuh apabila ECB mula mengumumkan pakej ransangan ekonomi Quantitative Easing (QE) ala Amerika Syarikat pada Khamis minggu depan.  Dalam satu kenyataan, Presiden ECB Mario Draghi berkata, ECB bersedia mengambil segala tindakan yang perlu bagi mengatasi kemelut ekonomi Euro-Zone.  Inflasi yang rendah, membuktikan permintaan yang kurang dan aktiviti ekonomi yang menguncup.

Greece yang bakal berdepan pilihanraya presiden 25hb nanti, akan menentukan nasib matawang yang diguna pakai oleh 19 anggota Kesatuan Eropah itu.  “Grexit” – pengeluaran Greece dari EU – satu isu yang bakal memberi tamparan hebat kepada Euro-Zone, sekiranya ia berlaku apabila parti Syriza menang 25hb ini.  Jerman diberitakan sedang bersiap-sedia dengan rancangan alternatif sekiranya ia benar-benar berlaku.

Dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari kedua-dua negara hari ini, pasaran dijangka dalam dagangan tipis dan “ranging”.  Walaupun demikian, para pedagang dijangka lebih suka untuk membuat “sell-on-rally”, lantaran sentimen “bearish” untuk Euro.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat