EURUSD Analisa Fundamental Harian 13 Apr 2015

36

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-009

Euro Dollar terus menyusut lebih 100 pips Jumaat lalu, dari paras tertinggi harian sekitar 1.0685 untuk mencapai paras terendah sekitar 1.0565; sebelum menutup pada paras 1.0600, sekaligus meletakkan kadar tukaran EUR|USD untuk berada di bawah pivot hari ini, sekitar 1.0615  Carta harian telah pun kembali ‘downtrend’ pada Khamis lalu, apabila ‘uptrend’ dibatalkan pada sekitar 1.0700

Di pasaran Eropah, Euro dijual terus menerus sejak Isnin minggu lepas apabila pasaran dibuka semula selepas cuti ‘Easter’.  Laporan negatif NFP Amerika Syarikat seolah tidak dipedulikan, ekoran sentimen ‘Grexit’ dan komen-komen ahli majlis Federal Reserve AS yang optimistik untuk kenaikan June ini, terus membantu permintaan untuk Dollar. Walau bagaimanapun, pendirian majoriti adalah bercampur-campur dan tiada kata sepakat dalam isu “interest rate” AS kali ini.

Hari ini dengan ketiadaan laporan ekonomi dari kedua-dua negara, pasaran dijangka dalam dagangan tipis dan ‘ranging’ melainkan terdapat sebarang kejutan pasaran.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat