EURUSD Analisa Fundamental Harian 13 Nov 2015

54

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-012

Euro Dollar melonjak sekitar 140 pips Khamis semalam untuk ke paras tertinggi harian sekitar 1.0830 sebelum menutup sekitar paras 1.0815; setelah Presiden ECB Mario Draghi berucap semalam. Ketua Bank Pusat Eropah Mario Draghi menekankan kesediaan ECB untuk menambah rangsangan monetari yang lebih jika diperlukan pada mesyuarat Disember ini untuk menolak inflasi ke paras yang lebih tinggi.

Encik Draghi kepada ahli-ahli Parlimen Eropah di Brussels semalam, bahawa tanda-tanda pemulihan dalam kadar inflasi yang rendah “telah menjadi agak lemah.”  Inflasi tahunan yang rendah – sifar dalam 19 negara yang menggunakan mata wang euro – petanda kepada permintaan yang lemah dan menjadikannya lebih sukar bagi syarikat-syarikat yang berhutang dan negara-negara Eropah untuk pulih.

[adrotate group=”6″]

ECB membeli €1.1 trilion ($1.2 trilion) dalam bentuk bon dengan wang yang baru dicetak sehingga September lalu, tetapi inflasi masih kekal rendah.  Encik Draghi berkata pada mesyuarat dasar terakhir ECB pada 22 Oktober lalu, bahawa bank itu akan mengkaji sama ada rangsangan tambahan diperlukan.

Isyarat daripada Presiden Bank Pusat Eropah Mario Draghi bahawa pelonggaran selanjutnya akan datang bulan depan, telah memandu pasaran Eropah semalam; sekaligus mencetuskan pemulihan sementara dalam pasaran saham dan menolak euro serta kadar pulangan bon ke paras yang lebih rendah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat