EURUSD Analisa Fundamental Harian 14 Jul 2015

55

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-005

Euro Dollar merudum lebih 190 pips sepanjang sesi Eropah Isnin semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.0995 sebelum menutup sekitar paras 1.1005; apabila berita melaporkan tiada perjanjian telah dimeterai buat masa ini antara Greece dan pemiutang antarabangsa.

Namun, satu sidang kemuncak pemimpin Euro-Zone mencapai satu persetujuan tentatif dengan Greece, untuk satu program dana kecemasan yang termasuk “reformasi yang serius” dan bantuan; sekaligus menghapuskan ancaman yang kewangan Greece boleh runtuh dan meninggalkan euro. Sembilan jam selepas tarikh akhir tamat, para pemimpin Euro-Zone mengumumkan jalan penyelesaian semakin hampir.

Jika rundingan ini gagal, Greece bakal muflis dan keluar dari euro, mata wang tunggal Eropah yang disertainya sejak tahun 2002. Tiada negara yang pernah meninggalkan mata wang bersama tersebut, sejak dilancarkan pada tahun 1999, dan tiada mekanisme untuk mana-mana anggota berbuat demikian.

Hari ini “ZEW economic sentiment” untuk Jerman bakal dilaporkan dan dijangka menurun dari 31.5 kepada 30.6.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan “retail sales” bulanan yang dijangka menurun dari 1.2% kepada 0.2% dan “core retail sales” yang juga dijangka menurun dari 1.0% kepada 0.7%.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat