EURUSD Analisa Fundamental Harian 14 Mei 2015

54

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-016

Euro Dollar yang jatuh lebih 55 pips pada sesi Asia Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.1200; kembali memacu naik lebih 180 pips pada pagi New York, sebelum menutup lebih tinggi sekitar paras 1.1355.  Laporan GDP Jerman yang meleset pada 0.3% berbanding 0.5% jangkaan tidak menghalang sokongan belian, terutamanya selepas data jualan runcit AS pula mengecewakan.

Di pasaran Eropah, Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) melaporkan pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat dan China dijangka perlahan manakala Euro-Zone masih berada di landasan untuk pemulihan ekonomi tahun ini. “Di Euro-Zone, momentum pertumbuhan terus kukuh, terutamanya di Perancis dan Itali. Tanda-tanda pengurangan momentum nampaknya baru muncul di Amerika Syarikat, walaupun ini mungkin hanyalah faktor sementara, ” menurut pertubuhan itu dalam laporan Selasa lalu yang berdasarkan data bulan Mac.

Petunjuk utama komposit OECD yang meramal aktiviti ekonomi dalam 6-9 bulan akan datang, menunjukkan isyarat pertumbuhan yang stabil di negara-negara seperti Jepun, Jerman, Great Britain dan India, manakala kejatuhan dalam momentum pertumbuhan dilihat di Kanada, China, Brazil dan Rusia. Walaupun kebanyakan ahli ekonomi menjangkakan pertumbuhan ekonomi AS akan pulih seperti tahap 2014 pada bulan-bulan yang akan datang, laporan OECD menunjukkan ini tidak mungkin berlaku. Penunjuk utama untuk Amerika Syarikat jatuh setiap bulan pada tiga bulan pertama tahun ini, dan kini berada pada 99.6 berbanding 101.1 pada bulan Disember.

Suruhanjaya Eropah minggu lepas menyemak semula unjurannya bagi pertumbuhan ekonomi tahun ini kepada 1.5%, meningkat daripada 1.3%; satu kenaikan yang ketara berbanding 0.9% yang dicatatkan pada tahun lalu. Dan pada tahun 2016 Suruhanjaya Eropah menjangkakan ekonomi Euro-Zone berkembang sebanyak 1.9 peratus. Ia berkata ini dibantu oleh peningkatan dalam negeri, ekoran kejatuhan harga minyak yang menyebabkan pengguna mempunyai lebih kuasa membeli.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat