EURUSD Analisa Fundamental Harian 15 Dec 2014

39

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-007Euro Dollar melonjak semula pada Jumaat lepas, setinggi 1.2485, dari paras terendah Khamis, sekitar 1.2370, selepas data ekonomi Euro-Zone – “employment change” dan “industrial production”menunjukkan peningkatan sebanyak 0.2% lebih baik dari tahun lepas.  Walau bagaimanapun, selepas “consumer sentiment index” dari Amerika Syarikat keluar lebih baik dari jangkaan, 93.80 berbanding 89.50, Euro ditutup 30 mata lebih rendah, sekitar 1.2455

US Dollar yang telah menguat selama lima bulan, terkesan dari ekonomi Amerika Syarikat yang beransur pulih, dilihat bakal mendorong Federal Reserve menaikkan “interest rate” seawal 2015.  Walau bagaimanapun, komen 2 orang Presiden Federal Reserve baru-baru ini yang tidak menyokong tindakan tersebut, menyebabkan para pelabur mulai gusar dan mula memberi tumpuan dan mencari petunjuk dari mesyuarat FOMC Khamis ini.

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Euro-Zone hari ini, dan hanya data berimpak sederhana dari Amerika Syarikat yang secara umumnya dijangka lebih baik; dan sentimen dari Presiden ECB Mario Draghi yang mengatakan ekonomi Euro-Zone berisiko untuk terus melemah; Euro dilihat bakal hilang momentumnya hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat